TM pada hari ini telah mengumumkan pemulihan kapasiti antarabangsa yang telah merosot berikutan kerosakan kabel Asia Pacific Cable Network 2 (APCN 2). Pada asalnya, kerosakan berkenaan dijangka mampu dipulihkan pada 20 April, namun segalanya telah berjalan lebih awal dari jadual.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, TM tidak menyatakan cara bagaimana kapasiti tambahan ini akan diperoleh.

Bagaimanapun, di dalam satu kenyataan berasingan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, sambungan alternatif berkenaan adalah melalui Cahaya Malaysia (CM). Sistem ini merupakan sistem kabel dasar laut antarabangsa yang dimiliki sepenuhnya oleh TM.

Selain itu, sistem kabel ini juga merupakan sebahagian dari sistem yang lebih besar iaitu Asia Submarine-cable Express (ASE) yang menghubungkan negara kita dengan Singapura, Filipina, Hong Kong dan Jepun.

SKMM juga menambah TM turut melaksanakan kaedah sambungan peering dengan Malaysia Internet Exchange (MyIX) bagi mengoptimakan rangkaian internet di Malaysia.

Berdasaarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak TM dan SKMM, pengguna-pengguna internet di Malaysia mampu menarik nafas lega apabila boleh mengakses internet dengan lancar.

Imej dari Youtube TM

Tinggalkan komentar