Utama Mobile Aplikasi Tencent kini antara 10 syarikat paling bernilai di dunia, Meta tergelincir dari...

Tencent kini antara 10 syarikat paling bernilai di dunia, Meta tergelincir dari senarai

738
0
Mark Zuckerberg Meta Facebook

Syarikat teknologi dari China, Tencent kini berada di kedudukan antara 10 teratas syarikat paling bernilai di dunia. Mengikut nilai pasaran semasa, syarikat berkenaan mempunyai sebanyak $589.9 billion (~RM2,468 billion).

Tencent merupakan satu-satunya syarikat dari China yang termasuk di dalam senarai tersebut. Selain dari syarikat tersebut, sebuah lagi syarikat dari Asia, Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) turut disenaraikan. Gergasi pembuat cip tersebut dinilai pada $600.3 billion (~RM2,512 billion).

Kemasukan Tencent ke senarai berkenaan turut disumbangkan oleh faktor kejatuhan syarikat induk Facebook, Meta dari senarai tersebut. Rentetan dari kejatuhan sahamnya pada Khamis lalu, Meta kini merupakan syarikat ke-11 paling bernilai di dunia, iaitu pada $565 billion (~RM2,365 billion).

Ditubuhkan pada 1998, Tencent pada awalnya menumpukan pada perkhidmatan permesejan desktop percuma. Ia seterusnya memperluaskan penawaran perkhidmatannya dengan pada platform mudah alih seperti permesejan segera, pembayaran, video, permainan dan juga pengiklanan. Aplikasi WeChat mula diperkenalkan oleh Tencent pada 2011 dan kini mempunyai seramai 1.26 billion pengguna.

Nilai Tencent menghampiri $1 trillion (~RM4.19 trillion) pada awal 2021 sebelum kerajaan China memperkenalkan undang-undang persaingan sihat. Selepas undang-undang tersebut diperkenalkan, nilai sahamnya mula berkurangan. Selain dari Tencent, Alibaba juga terkeluar dari senarai tersebut.

Kekayaan pengasas bersama Tencent, Encik Pony Ma turut terkesan dengan turun dan naik syarikatnya. Nilai kekayaannya dianggarkan pernah mencapai pada $75.1 billion (~RM314.7 billion) pada Januari 2021, menurut laporan dari Bloomberg. Berdasarkan keadaan terkini, Bloomberg menganggarkan kekayaan beliau kini pada $48.9 billion (~RM204.7 billion).

Tinggalkan komentar