Huawei dilapor akan melancarkan telefon pintar pertama yang dilengkapi dengan HongMeng OS sekitar suku tahun keempat 2019 menurut akhbar Global Times. Telefon pintar yang dikatakan bakal dijual pada harga 2000 Yuan (bersamaan RM1,203) ini bakal dilancarkan bersama-sama telefon pintar siri Mate 30.
Jika betul akan berlaku sebagaimana yang dilaporkan ini, telefon pintar berkenaan akan menjadi kelompok kedua peranti yang menggunakan sistem operasi ini selepas siri televisyen pintar HONOR yang bakal dilancarkan 10 Ogos ini, khusus untuk pasaran China.
Setakat ini masih belum ada sebarang spesifikasi dan makluman umum rasmi berkenaan peranti-peranti yang menggunakan sistem operasi HongMeng berkenaan. Dijangkakan, maklumat tersebut bakal diumumkan dalam masa terdekat ini menjelang pelancaran siri televisyen pintar HONOR nanti.
Sumber berita diperoleh dari Global Times













