Utama Mobile Android Motorola akan hadir dengan telefon pintar boleh-lipat, harga sekitar RM6,000

Motorola akan hadir dengan telefon pintar boleh-lipat, harga sekitar RM6,000

1709
0

Menyertai pengeluar-pengeluar lain seperti Samsung dan Huawei dalam trend telefon pintar boleh-lipat, Motorola turut dilaporkan akan melancarkan telefon pintar boleh-lipatnya sekitar tahun ini.

Menurut satu wawancara dengan pihak Engadget, Timbalan Presiden Produk Global Motorola, Dan Dery memaklumkan usaha ini perlu dilakukan seberapa segera agar Motorola tidak ketinggalan dalam persaingan teknologi telefon pintar semasa.

Rekaan telefon pintar boleh-lipat Motorola ini adalah berasaskan lipatan ke dalam bertujuan mengurangkan kebarangkalian kerosakan terhadap skrinnya. Lipatan ke dalam ini turut menjadi pilihan rekaan oleh Samsung Galaxy Fold.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Wall Street Journal melaporkan telefon pintar keluaran Motorola ini akan dijual sekitar $1,500 (bersamaan lebih kurang RM6,100) dan akan menggunakan nama Motorola RAZR.

Sumber berita diperoleh dari Engadget, Imej cover diperoleh dari Yanko Design

Tinggalkan komentar