Saksikan Masa Depan Pembuatan Melalui Siri Lima-Bahagian Ini

TAIPEI, 27 Februari 2024 /PRNewswire/ — TaiwanPlus dengan gembiranya mengumumkan keluaran sulung siri dokumentari eksklusifnya, ‘Taiwan’s Mega Factories.’ Terdiri daripada lima episod, siri ini akan membongkar kerja-kerja dalaman syarikat-syarikat gergasi pembuatan yang terkemuka di Taiwan yang membentuk landskap kilang-kilang mega.

TaiwanPlus Lancar Siri Dokumentari Rintis Tonjol Kilang Mega Terkini Seluruh Taiwan

Taiwan’s Mega Factories’ menawarkan pandangan eksklusif terhadap kemudahan bertaraf dunia, memfokuskan kepada inovasi dan kejituan. Alami peranan penting yang dimainkan oleh kilang-kilang ini dalam reputasi pembuatan global Taiwan.

Episod sulung menampilkan Micron Technology, peneraju global bagi penyelesaian ingatan dan storan serta salah satu pelabur utama Taiwan. Episod-episod akan datang mempersembahkan syarikat-syarikat gergasi industri seperti Kinmen Kaoliang Liquor Inc., Horizon Yacht, Dyaco International danTaiwanGlass.

Episod ‘Mega Factories’ Micron membawa penonton menelusuri perjalanan pengeluaran semikonduktor, bermula daripada reka bentuk hingga produk akhir. Ia meninjau kilang termaju mereka, termasuk bilik bersih suci yang melangkaui standard hospital serta memberi pandangan tentang proses pembungkusan yang teliti.

Donghui Lu, Ketua Micron Taiwan berkata, “Lawatan TaiwanPlus ke Micron mengetengahkan kepentingan industri semikonduktor Taiwan dan memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang pencapaian inovatif Micron selama tiga puluh tahun. Kami berbangga dapat berkongsi bagaimana ekosistem semikonduktor Taiwan mendapat manfaat daripada komitmen berterusan Micron dalam menggunakan teknologi canggih, operasi mampan serta pembangunan tenaga kerja dan sumbangan kepada komuniti di Taiwan.”

TaiwanPlus dengan gembiranya mempersembahkan siri ini di seluruh dunia, memaparkan peranan Taiwan dan pengaruh kilang-kilangnya. ‘Mega Factories’ bertujuan untuk memberi pencerahan tentang kejituan teknikal dan ketukangan yang sering diabaikan dalam usaha ini.

Penerbit David Kao merumuskan misi siri ini, menyatakan, “Kadang kala, orang ramai hanya merasai produk akhir tanpa benar-benar mempertimbangkan asal-usulnya. Ini terpakai kepada segala-galanya, bermula daripada dedikasi tenaga kerja hinggalah impak alam sekitar daripada proses pengeluaran.”

Terokai kilang mega Taiwan dan impak global mereka. Tonton episod pertama ‘Taiwan’s Mega Factories’ melalui saluran YouTube TaiwanPlus Docs sekarang.

Latar Belakang TaiwanPlus

TaiwanPlus ialah penyedia global ulung bagi berita dan maklumat hibur berbahasa Inggeris dari Taiwan — menawarkan liputan berita yang boleh dipercayai, perspektif informatif mengenai hubungan rentas selat, berserta kandungan gaya hidup menginspirasikan yang memfokuskan kepada makanan, perjalanan dan hiburan. Berbangga kerana bertapak di salah satu negara demokrasi yang paling rancak di Asia, pasukan wartawan dan penerbit kami yang pelbagai komited untuk menyampaikan berita dan kisah bebas yang berkongsi maklumat, menyedarkan dan memberi inspirasi kepada penonton di seluruh dunia. Dapatkan perspektif global yang disokong oleh sudut pandangan Taiwan di laman web kami, aplikasi mudah alih, saluran TV dan pelbagai saluran media sosial.

SOURCE TaiwanPlus

Tinggalkan komentar