Utama Mobile Aplikasi Syarikat E-Hailing bebas untuk tentukan harga Perkhidmatan masing-masing

Syarikat E-Hailing bebas untuk tentukan harga Perkhidmatan masing-masing

443
0

Perkhidmatan e-hailing merupakan pilihan pengangkutan yang popular untuk penduduk di bandar terutamanya bagi yang tidak mempunyai kenderaan sendiri. Bagaimanapun, laporan terkini mendapati tambang perkhidmatan e-hailing telah meningkat sehingga 400% ketika waktu puncak. Kesan dari kenaikan ini telah menimbulkan kegusaran dari orang ramai dan meminta pihak agensi berkaitan menyiasat situasi ini.

Baru-baru ini Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu ini selepas perjumpaan dengan wakil dari salah satu syarikat e-hailing tempatan.

Menurut beliau, platform e-hailing dibenarkan untuk menetapkan harga tambang berdasarkan formula harganya mengikut permintaan semasa pengguna di dalam pasaran.

Tambah beliau lagi, pihak kerajaan tidak mengawal harga yang dikenakan oleh operator-operator e-hailing. Namun, sebarang penambahan caj tidak boleh dua kali dari amaun tambang yang dikenakan termasuk kadar waktu puncak dan harga minyak. Beliau turut menyatakan faktor ketidakseimbangan permintaan dan bekalan, serta peningkatan bilangan trafik yang menyebabkan tempoh perjalanan yang lebih panjang telah menyebabkan kenaikan ini.

Selain itu, sesetengah syarikat e-hailing telah kehilangan sehingga 30% dari pemandunya berbanding dalam tempoh sebelum pandemik. Menteri berkenaan juga memaklumkan perubahan di dalam negara menuju ke arah endemik juga menyumbang kepada peningkatan mendadak permintaan terhadap e-hailing. Kesemua faktor ini telah memberikan kesan terhadap algoritma platform e-hailing yang turut mengambil kira faktor jarak, keadaan trafik, cuaca dan juga permintaan dan bekalan tidak seimbang.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong juga menyatakan buat masa ini terdapat 21 operator dengan lesen e-hailing di seluruh negara dengan lebih dari 130,000 pemandu e-hailing berlesen di seluruh negara. Angka ini dijangka meningkat oleh pihak kementerian apabila semakin banyak sekolah memandu yang menerima permohonan belajar memandu e-hailing.

Dalam pada masa yang sama, pihak kerajaan juga telah meluluskan beberapa lebuhraya baharu di sekitar Lembah Klang bagi membantu mengurangkan kesesakan trafik.

Tinggalkan komentar