Utama Automotif SUV Elektrik BYD Atto 3 dilancarkan, Harga dari RM149,000 di Malaysia

SUV Elektrik BYD Atto 3 dilancarkan, Harga dari RM149,000 di Malaysia

1776
0
BYD Atto 3 Malaysia

Pasaran kenderaan elektrik (electric vehicle, EV) di Malaysia sebelum ini didominasi oleh model-model mewah yang kebanyakan dari pengeluar Eropah. Namun, keadaan mula berubah apabila semakin banyak EV berharga bawah RM200,000 mula memasuki pasaran Malaysia dengan SUV elektrik baharu BYD Atto 3 merupakan antara yang terkini.

BYD yang membawa maksud ‘Build Your Dreams’ ini merupakan jenama kereta edaran Sime Darby Motors (SDM) selepas perjanjian pengedaran dengan BYD Auto termeterai pada September lalu.

Kapasiti bateri yang ditawarkan untuk model Standard disediakan sebanyak 49.92kWh, dengan model Extended pula baterinya berkapasiti 60.48kWh. Kedua-dua model ini dikuasakan oleh BYD Blade Battery yang menggunakan sel bateri lithium-ferro phosphate.BYD Atto 3 Dashboard

Kedua-dua model kereta elektrik BYD Atto 3 bagi pasaran Malaysia ini menampilkan penyambung pengecas AC Type 2 yang menyokong bekalan kuasa sehingga 7kW. Untuk pengecasan pantas DC pula, model Standard menyokong sehingga 70kW, manakala model Extended pula mampu menyokong sehingga 80kW. Pun begitu, kedua-dua model ini menggunakan penyambung pengecas CCS2 yang sama.BYD Atto 3 Backseat

Dari segi waktu mengecasnya pula, ia mengambil masa untuk dicaskan sehingga 9.5 jam bagi pengecasan AC, manakala untuk pengecasan DC pula ia mengambil masa 1.2 jam. Kedua-dua model Standard dan Extended ini juga menggunakan motor elektrik 150kW dengan pacuan roda hadapan yang mampu memberikan kuasa 201 PS bersama-sama tork maksimum 310Nm.

Harga BYD Atto 3 di Malaysia

BYD Atto 3Bersempena acara uji pandu untuk orang ramai pertamanya yang diadakan di Bandar Malaysia pada hujung minggu ini, BYD dan SDM turut mengumumkan harga jualan Atto 3.

Untuk model Jarak Standard (Standard Range), ia dijual pada harga RM149,800 dan mampu bergerak sehingga 410km menurut piawaian NEDC. Manakala model Jarak Diperluaskan (Extended Range) pula yang boleh bergerak sehingga 480km pula dijual pada harga RM167,800.

  • BYD Atto 3 Standard Range – RM149,800
  • BYD Atto 3 Extended Range – RM167,800

Maklumat lanjut mengenai kenderaan elektrik baharu keluaran BYD ini boleh didapati menerusi laman web rasminya. Anda juga boleh mendaftar minat untuk mendapatkan kenderaan elektrik ini menerusi https://byd.simedarbymotors.my/index.php?Itemid=387

Tinggalkan komentar