Microsoft akhirnya menghasilkan laptopnya sendiri yang dinamakan sebagai Surface Book. Sebelum berjaya menghasilkan laptop pertama seumpamanya dari syarikat sistem operasi ini, Microsoft terdahulu telah mengeluarkan tabletnya sendiri melalui siri Surface.

Dari segi spesifikasinya, ia memiliki skrin paparan bersaiz 13.5 inci dengan 6 juta piksel yang mampu mencapai sehingga 267 PPI. Sudah tentu, Surface Book turut disertakan bersama dengan papan kekunci bersaiz penuh sama seperti laptop lain. Turut disediakan pada inputnya adalah trackpad yang boleh digunakan untuk menggantikan penggunaan tetikus buat sementara waktu.

Berbeza dengan laptop biasa, papan kekunci Surface Book ini boleh ditanggalkan dari bahagian paparannya dan digunakan seperti menggunakan tablet. Ciri ini serupa dengan laptop Lenovo Yoga yang mana papan kekuncinya boleh ditanggalkan untuk menjadikannya lebih versatil.

Bahagian tablet laptop ini mempunyai berat 0.7 kilogram dan apabila digabungkan dengan papan kekuncinya, beratnya boleh mencapai sehingga 1.5 kilogram.Surface Book-1

Grafik laptop ini disokong oleh Nvidia GeForce dengan bantuan kuasa pemprosesan Intel Core generasi keenam. Jangka hayat penggunaan bateri Surface Book ini pula boleh mencapai sehingga 12 jam. Sesuatu yang mengagumkan jika melihat kepada keupayaan grafiknya dengan tahap kecekapan penggunaan tenaga bateri laptop ini.

Menurut Microsoft, laptop ini didakwa mempunyai keupayaan dua kali lebih pantas berbanding Apple MacBook Pro disamping turut menguar-uarkan bahawa Surface Book merupakan laptop yang paling berkuasa yang pernah dihasilkan.

Kekuatan jualan laptop ini mungkin terletak pada engsel yang mencantumkan bahagian tablet dengan papan kekuncinya. Melalui engsel ini, laptop ini boleh diubah posisinya mengikut kesesuaian pengguna baik ianya dilipat, ditegakkan mahupun ditanggalkan dari papan kekuncinya.Surface Book-2

Ia dijual pada harga permulaan $1500 (RM 6466.50) dan boleh dipra-tempah bermula esok. Untuk versi konfigurasi khas dengan grafik yang lebih cun, ia dijual pada harga $1900 (RM 8190.00). Surface Book bakal hadir ke pasaran mulai 26 Oktober ini.

-Sumber info diperoleh dari Microsoft Store

Tinggalkan komentar