Peminat-peminat filem anime di Malaysia tidak berapa lama lagi bakal menikmati filem-filem anime keluaran Studio Ghibli melalui Netflix Malaysia.

Filem-filem anime hasilan Studio Ghibli ini akan mula dimuat naik melalui perkhidmatan penstriman Netflix di seluruh rantau dunia kecuali di Amerika Syarikat dan Jepun bermula dari bulan Februari ini.

Justeru, ini bermakna pelanggan-pelanggan Netflix di Malaysia berpeluang menikmati filem-filem anime berkualiti seperti Princess Mononoke, My Neighbor Totoro dan pemenang Anugerah Oscar, Spirited Away.

Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh produser di Studio Ghibli, Toshio Suzuki beliau menyebut:

In this day and age, there are various great ways a film can reach audiences. We’ve listened to our fans and have made the definitive decision to stream our film catalogue. We hope people around the world will discover the world of Studio Ghibli through this experience. 

Filem-filem yang distrim ini akan disampaikan dalam audio bahasa asalnya iaitu Bahasa Jepun dan disertakan bersama sarikata dalam Bahasa Inggeris.

Cuma pada pendapat saya, jika Netflix dan Studio Ghibli ingin meluaskan lagi penerimaan audiens di Malaysia, mungkin boleh menambahkan pilihan audio alih suara Bahasa Malaysia dan sarikata Bahasa Malaysia.

Sumber berita diperoleh dari The Verge

Tinggalkan komentar