Utama Mobile Aplikasi Steam, Epic Games dan Reddit kini disekat di Indonesia

Steam, Epic Games dan Reddit kini disekat di Indonesia

803
0
Steam Kominfo'd Team Secret Indonesia Block

Kerajaan Indonesia kini sedang menyekat akses ke beberapa laman web dan perkhidmiatan dalam talian popular di negara berkenaan. Antara yang terkesan termasuklah platform permainan berkomputer dalam talian seperti Steam dan Epic Games dan juga laman forum Reddit.

Sekatan ke atas laman-laman tersebut telah dilaporkan oleh sebuah organisasi e-sukan, Team Secret menerusi laman media sosial rasminya.

Perkembangan ini merupakan rentetan dari pengumuman kerajaan Indonesia yang memperkenalkan undang-undangn baharu bagi platform dan perkhidmatan dalam talian. Berdasarkan undang-undang tersebut pihak-pihak berkenaan diwajibkan untuk mendapatkan permit Penyelenggara Sistem Elektronik Lingkup Privat (PSE) bagi meneruskan operasi di Republik Indonesia.

Laman Kominfo’d turut menyenaraikan Paypal sebagai di antara perkhidmatan dalam talian yang disekat di Indonesia. Selain itu, beberapa perkhidmatan dalam talian popular yang berdepan dengan risiko untuk disekat kerana tidak berdaftar di bawah undang-undang baharu tersebut termasuklah GitHub, GitLab, Microsoft Azure, Vulture, Ubisoft, EA, Nintendo dan MediaFire. 

Tinggalkan komentar