Salam Hari Kemerdekaan. Bermula 1 September, penguatkuasaan cukai jualan dan perkhidmatan atau nama timangannya SST akan mula dilaksanakan. Sebilangan besar produk dan perkhidmatan kegunaan harian dijangka bakal menerima kesan dari pelaksanaan sistem pencukaian berkenaan. Perkhidmatan talian prabayar merupakan salah satu perkhidmatan yang dikenakan SST.

Selepas pelaksanaannya, pengguna masih lagi membeli nilai isian semula seperti biasa – RM5, RM10, RM30, RM50 dan seterusnya. Namun, nilai yang masuk ke dalam kredit adalah yang sudah ditolak dari 6% SST. Misalnya, jika anda membuat tambah nilai RM 10, kredit yang diterima oleh anda adalah RM 9.43. Selebihnya, iaitu 57 sen akan masuk ke dalam cukai.

Begitu juga untuk nilai-nilai yang lain seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah:

Kredit Tambah-Nilai 6% SST Jumlah Dibayar
RM4.72 RM0.28 RM5
RM9.43 RM0.57 RM10
RM28.30 RM1.70 RM30
RM47.17 RM2.83 RM50
RM94.34 RM5.66 RM100

Segelintir syarikat telco telah mengadakan promosi sebagai langkah memperkenalkan sistem SST ini. Antara yang menawarkannya termasuklah TM dan Celcom.

Apa yang sedikit terkilan dengan pengenalan SST untuk tambah nilai prabayar ini adalah ianya tidak dimaklumkan kepada pengguna-pengguna dengan lebih awal. Malah, cara pelaksanaannya juga mengingatkan kita kembali dengan peringkat awal pengenalan GST dahulu yang turut melibatkan tambah nilai prabayar.

Tinggalkan komentar