Spotify membawakan fungsi Behind The Lyrics pada aplikasi versi Androidnya. Fungsi berkenaan, sebagaimana namanya diberi, menawarkan fungsi menyampaikan maklumat berkenaan cerita disebalik lirik lagu-lagu yang dipilih. Ia pertama kali mula diperkenalkan pada iOS sekitar tahun lepas dan kini ianya hadir pada Android.

Setiap lagu mempunyai ceritanya yang tersendiri dan Spotify ingin berkongsi cerita tersebut dengan penggunanya. Behind The Lyrics merupakan fungsi yang dibangunkan secara kolaborasi dengan Genius. Ia memberikan pengguna lebih kefahaman tentang lagu-lagu kegemaran, inspirasi disebalik setiap bait-bait lirik serta perasaan para artis berkenaan pada ketika itu.

Bagaimanapun, tidak semua lagu meyediakan fungsi berkenaan. Buat masa ini, Spotify membenarkan pengguna mengakses ke fungsi ini melalui playlist yang disediakan oleh pihak Spotify seperti Hip Hot dan Today’s Top Hits. Trek-trek lagu pada playlist ini akan hadir bersama-sama beberapa potong lirik, fakta menarik dan cerita dari artis lagu-lagu berkenaan serta penjelasan lebih lanjut bagaimana lagu tersebut dihasilkan.

Fungsi Behind The Lyrics kini ditawarkan pada Android bermula hari ini.

Sumber berita diperoleh dari Spotify

Tinggalkan komentar