Sooka, perkhidmatan ‘freemium’ dari Astro yang dilancarkan pada Jun tahun lalu ditawarkan sebagai tontonan penstriman yang boleh diakses menerusi aplikasi Android dan iOS, serta pelayar web.

Ketika dilancarkan, Astro menyatakan perkhidmatan tersebut akan ditawarkan ke Android TV dan kini janji tersebut telah ditepati.

Bagaimanapun, tidak semua TV ditawarkan dengan sokongan aplikasi tersebut. Buat masa ini aplikasi Sooka hanya boleh didapati menerusi Android TV dari jenama Sony dan Sharp sahaja. Pengguna juga dikehendaki mendaftar pelan VIP TV jika ingin menonton Sooka menerusi Android TV anda.

Pada harga RM 84.90 sebulan, pelan VIP TV ini merupakan pelan yang paling mahal ditawarkan oleh Sooka setakat ini. Selain dari boleh menonton kesemua kandungan dari Sooka terus ke Android TV, anda yang mengambil pelan ini juga boleh menstrim pada dua peranti secara serentak.Sooka-Monthly-Plan

Sebelum ini, pelan VIP + Sports Sooka ditawarkan pada harga RM41.90 sebulan. Manakala pelan VIP Entertainment pula berharga RM15.90 sebulan. Walau apa jua pelan yang anda ambil, anda boleh menamatkan langganan Sooka anda pada bila-bila masa.

Maklumat lanjut, layari https://sooka.my/en/

Tinggalkan komentar