Sony Malaysia telah mengumumkan telefon pintar peringkat pertengahan terbarunya, Xperia 10 II akan memasuki ke pasaran Malaysia. Telefon pintar ini asalnya dilancarkan bersam-sama peranti mercunya, Sony Xperia 1 II, Februari baru-baru ini.

Xperia 10 II menampilkan paparan OLED Full HD+ 6-inci 21:9 dengan Corning Gorilla Glass 6. Paparan ini juga menggunakan teknologi paparan Sony TRILUMINOS, seperti yang terdapat pada televisyen Sony BRAVIA.

Dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 665, Xperia 10 II dipadankan dengan memori $GB dan storan 128GB. Ia juga menggunakan bateri berkapasiti 3,600mAh dan menggunakan sistem operasi Android 10.

Untuk kameranya pula, telefon pintar Sony terbaru ini menawarkan tetapan tri-kamera, 12MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 8MP (tele). Kamera hadapannya pula menawarkan sebuah lensa 8MP yang ditempatkan pada bingkai sebelah atas.

Peminat Sony mungkin teruja apabila mengetahui telefon pintar ini masih lagi menawarkan bicu audio 3.5mm. Dari segi soal kelasakannya pula, Sony memaklumkan peranti ini hadir dengan penarafan IP65/68.

Sony Xperia 10 II akan beradai di Malaysia Jun ini. Harga yang ditawarkan adalah pada RM1,799 dengan empat piliha warna iaitu Hitam, Kelabu, Mint, dan Biru.

Tinggalkan komentar