Sebelum terdapat pelbagai ura-ura yang mengatakan Sony Mobile akan menarik keluar dari pasaran Malaysia. Terdapat banyak tanda-tanda yang menunjukkan kepada perkembangan tersebut walaupun Sony sendiri tidak pernah mengumumkan secara rasmi berkenaan langkah tersebut. Walau bagaimanapun, dalam satu sesi pembentangan bersempena Sony IR Day telah mengesahkan desas-desus tersebut.
Sungguhpun begitu, perkara ini tidak disahkan secara langsung. Ianya dimaklumkan melalui bentuk peta di dalam sesi pembentangan oleh salah seorang Naib Presiden Eksekutif Kanan Sony, Shigeki Ishizuka, yang bertanggungjawab menguruskan Produk Elektronik & Solusi Perniagaan.
Berdasarkan slaid berkenaan, secara jelas menunjukkan Sony Mobile kini hanya memfokuskan kepada sebahagian kecil negara-negara seperti Jepun, Taiwan, dan Hong Kong serta negara-negara Eropah. Bagi negara-negara lain termasuk Malaysia, Sony melihat ianya bukan lagi pasaran yang berdaya saing.
Melalui pendedahan ini, dijangkakan dua model telefon pintar Sony terbaru iaitu Xperia 1 dan Xperia 10 tidak akan memasuki pasaran Malaysia.
Sumber berita diperoleh dari Xperia Blog













