Sony secara rasminya memperkenalkan MRW-S3, sebuah hab USB-C berbilang fungsi yang didakwa sebagai paling pantas di dunia. Hab ini direka khusus untuk tujuan meningkatkan kecekapan pengguna fotografi, videografi dan pencipta kandungan.

Dari segi spesifikasi, MRW-S3 menggunakan antaramuka USB 3.1 Gen2 dan mempunyai kedua-dua jenis port iaitu USB-A dan USB-C yang mampu mengimplementasikan kelajuan pemindahan data yang disediakan oleh hab ini. Oleh kerana hab ini berperanan sebagai pembaca kad, ia hanya menawarkan sebuah slot UHS-II SDXC dan sebuah slot kad mikro SDXC. Juga terdapat satu port USB-C yang digunakan untuk menyambungkan hab ini ke PC.

MRW-S3 turut menyediakan port PD USB berasingan yang mampu menyediakan kelajuan baca dan tulis berjujukan pada kelajuan sehingga 100MB/s selain mampu menyambungkan kuasa sehingga 100W melaluinya. Hab ini juga menyediakan sebuah port HDMI terbina dalam yang mampu menyokong paparan beresolusi 4K 30 fps.

Dijangka bakal memasuki pasaran di seluruh dunia sekitar musim luruh 2019 ini, harga bagi MRW-S3 ini bagaimanapun, masih lagi belum diumumkan oleh Sony.

Sumber berita diperoleh dari Sony

Tinggalkan komentar