Setelah pelbagai desas-desus berkenaan model telefon pintar keluaran terbaru Sony dibicarakan oleh netizen, akhirnya Sony secara rasminya mendedahkan Xperia XA2, Xperia XA2 Ultra, dan Xperia L2. Ketiga-tiga telefon pintar ini dijangka hadir sekitar bulan Januari ini juga.
Sama ada anda peminat reka bentuk Sony tegar atau jenis tak kisah, anda mungkin mendapati reka bentuk nir-bingkai kini sudah menjadi suatu kebiasaan. Rekaan sebegini tidak didapati pada Xperia XA2, Xperia XA2 Ultra, dan Xperia L2.
Ketiga-tiga model terbaru telefon pintar Sony ini bagaimanapun menampilkan reka bentuk paparan penjuru-ke-penjuru yang melengkung pada kedua-dua belah sisinya. Cuma Xperia L2 sahaja yang lebih menampakkan rekaan berbingkainya berbanding adik-beradiknya yang lain.
| MODEL | XPERIA XA2 | XPERIA XA2 ULTRA | XPERIA L2 |
| Paparan | 5.2″ Full HD 1080p | 6″ Full HD 1080p | 5.5″ HD 720p |
| Pemprosesan | Qualcomm Snapdragon 630 | Qualcomm Snapdragon 630 | Quad-core 1.5 GHz |
| RAM | 3 GB | 4 GB | 3 GB |
| Storage | 32 GB Boleh dikembangkan sehingga 256GB melalui slot kad mikro SD |
32 GB 64 GB Boleh dikembangkan sehingga 256GB melalui slot kad mikro SD |
32 GB Boleh dikembangkan sehingga 256GB melalui slot kad mikro SD |
| Kamera | Utama: 23 MP Exmor RS dengan aperture f/2.3, AP hibrid, dan zum 5x
Hadapan: Penderia 8 MP dengan lensa bersudut luas 120-darjah |
Utama: 23 MP Exmor RS dengan aperture f/2.3, AP hibrid, dan zum 5x
Hadapan: Penderia 16MP dengan OIS dan penderia 8 MP dengan lensa bersudut luas 120-darjah |
Utama: 13 MP dan zum 5x
Hadapan: Penderia 8 MP dengan lensa bersudut luas 120-darjah |
| Lain-lain | Android 8.0 Oreo, bateri 3,300 mAh, Bluetooth 5.0, NFC, USB Type-C, bicu fon kepala 3.5 mm | Android 8.0 Oreo, bateri 3,580 mAh, Bluetooth 5.0, NFC, USB Type-C, bicu fon kepala 3.5 mm | Android 7.1.1 Nougat, bateri 3,300 mAh, Bluetooth 4.2, NFC, USB Type-C, bicu fon kepala 3.5 m |













