Sony Group dan Honda Motor menjalinkan kerjasama untuk memasarkan kenderaan eletkrik premium pada tahun 2025. Kerjasama dua pihak ini dijangka mampu mencabar peneroka awal industri ini seperti Tesla.
Sony Honda Mobility akan menghasilkan kenderaan elektriknya di kilang pengeluaran Honda Amerika Utara, manakala jualan dan pengubahsuaian peribadinya dilakukan secara dalam talian, menurut Ketua Pegawai Operasi Yasuhide Mizuno.
Pengeluaran kereta kepada pelanggan di Amerika Utara pula dijangka dilakukan bermula seawal 2026 dengan pengeluaran untuk pengguna di Jepun pula pada pertengahan kedua 2026. Jualan tersebut seterusnya disusuli oleh pengguna-pengguna di Eropah.

Kedua-dua firma dari Jepun ini menggabungkan kekuatan masing-masing bagi menyaingi Tesla, Volkswagen, Xiaomi dan syarikat dari Taiwan, Foxconn Technology Group.
Sony menjangkakan kerjasama ini akan memberikan akses kepada kepakaran teknologi pengeluaran, jualan dan penyelenggaraan kereta dari Honda. Manakala Honda pula dapat memanfaatkan kepakaran teknologi Sony dalam hiburan, rangkaian dan sensor utnuk kenderaan berautonomi. Kerjasama ini melibatkan penyertaan dari ketua arkitek permainan konsol PlayStation Masayasu Ito.
Sony Honda Mobility turut dijangka akan mengadakan pameran bersempena acara CES di Las Vegas pada Januari tahun depan. Perolehan bahan-bahan untuk pengeluaran EV tersebut akan dibuat di sekitar Amerika Utara memandangkan keadaan sekarang yang mewajibkan komponen-komponen perlu dihasilkan secara tempatan.













