Sony telah mengumumkan akan menambah perkhidmatan penstriman anime berpangkalan di Amerika Syarikat, Crunchyroll ke dalam portfolionya. Syarikat konglomerat Jepun ini menyatakan pengambilalihan dari pemiliknya, AT&T dengan nilai $1.175 billion (~RM4.77 billion).
Pengambilalihan hak milik perkhidmatan penstriman anime ini merupakan kali kedua yang dilakukan oleh Sony selepas Funimation. Fokus Funimation agak berbeza sedikit berbanding Crunchyroll kerana perkhidmatan ini mengutamakan alih suara anime berbanding penerbitannya.
Apa pun, langkah pengambilalihan ini menguatkan lagi penguasaan Sony di dalam penawaran anime di pasaran Amerika Syarikat.
Selain Sony, Netflix juga sedang giat melabur dan menumpukan usaha terhadap kandungan anime termasuk peringkat penghasilan dan perlesenan kandungan tersebut.













