Telefon pintar peringkat bajet dan pertengahan yang akan dilancarkan lewat pertengahan tahun ini dijangka bakal dilengkapi dengan keupayaan AI yang lebih baik, bateri tahan lebih lama, grafik lebih menawan dan peningkatan mutu prestasi keseluruhan.
Semua ini mampu direalisasikan melalui kehadiran tiga jenis chipset terbaru keluaran Qualcomm – Snapdragon 632, Snapdragon 439 dan Snapdragon 429. Ketiga-tiganya tidak akan digunapakai pada telefon pintar flagship seperti Google Pixel 3 atau Samsung Galaxy Note 9, sebaliknya ia bakal digunakan pada telefon-telefon pintar kategori bajet dan peringkat pertengahan.
Snapdragon 632 menawarkan kelebihannya pada rakaman video berkualiti 4K dan juga keupayaannya memainkan permainan video pada kualiti grafik tahap tinggi. Kedua-dua keupayaan ini pada kebiasaannya ditawarkan pada telefon pintar flagship, namun melalui chipset terbaru ini, telefon pintar peringkat pertengahan pun mampu melakukannya.
Selain itu, Snapdragon 439 dan 429 pula menawarkan kelebihannya pada kecerdasan buatan untuk kegunaan kamera, suara, dan ciri keselamatan pintar serta kelajuan muat turun dan strim video yang lebih pantas. Cuma paparan yang mampu disokong olehnya hanya terhad pada HD+ (720p) sahaja.
Qualcomm menyatakan bahawa pihaknya menjangkakan peranti peranti yang dilengkapi dengan chipset terbaru ini bakal hadir pada setengah tahun kedua 2018. Eee.. tazabarnya nak pakai handset power tapi harga bajet.
Sumber berita diperoleh dari XDA-Developers













