Skype menerbitkan kemaskini terbaru yang melindungi penggunanya dari serangan distributed denial-of-service (DDoS). Dalam entri blog terbarunya, perkhidmatan panggilan dan permesejan internet ini memaklumkan fungsi perlindungan alamat IP pengguna ini akan diaktifkan secara default.
Menurut Ars Technica, Skype sebelum ini telah didapati membocorkan maklumat alamat-alamat IP penggunanya sehingga membolehkan ia disalahguna oleh penyerang untuk melakukan serangan DDoS terhadap pemain game profesional dan penstrim kandungan Twitch. Serangan ini menyebabkan pengguna-pengguna yang terlibat terputus talian.
Terdahulu pada kemaskini sebelum ini, pengguna telah diberikan pilihan untuk melindungi alamat IP dari orang yang bukan di dalam senarai perhubungan pengguna. Namun, pilihan berkenaan bukanlah ditetapkan secara default. Melalui fungsi ini, Skype akan membuatkan aliran trafik data pengguna melalui server Microsoft. Apabila Skype melindungi alamat IP pengguna secara default, risiko serangan DDoS terhadap pengguna dapat dikurangkan.
Bagaimanapun, ini hanyalah salah satu cara untuk mencegah aktiviti buli atas talian memandangkan terdapat pelbagai lagi teknik yang digunakan oleh pengguna internet tidak bertanggungjawab untuk melakukan onar. Namun, segala usaha untuk mencegah dan melindungi pengguna dari tindakan tidak bermoral pihak-pihak berkenaan wajar diberi pujian.
Bagi pengguna yang ingin menggunakan Skype dengan fungsi perlindungan ini, boleh memuat turun aplikasi versi desktop berkenaan.
-Sumber berita diperoleh dari Ars Technica














Berita baik untuk pengguna skype, permulaan terbaik untuk tahun baru…
Dah lama tak main skype sejak uninstall. DUlu selalu main video. haha