Nothing pada asalnya mengiklankan Phone (1) sebagai mampu mencapai tahap kecerahan maksima 1,200 nits dalam senario video HDR tertentu. Kini angka tersebut diturunkan kepada 700 nits di dalam iklan terbarunya.

Perkembangan ini berlaku selepas media penerbitan dari Jerman, ComputerBase menghubungi Nothing kerana mendapati angka kecerahan yang diuji adalah lebih rendah dari yang diiklankan.

Kecerahan maksima yang diiklankan tersebut hanya sekadar mencecah 700 nits sahaja berdasarkan ujian yang dilakukan oleh ComputerBase. Malahan, laman GSMArena dan Heise juga menyatakan nilai yang mereka dapati adalah tidak jauh bezanya dengan tahap kecerahan maksima yang dikenalpasti oleh ComputerBase.

Pihak penerbitan berkenaan telah menghubungi Nothing pada 13 Julai dan diberitahu pada 3 Ogos lalu bahawa nilai tertinggi kecerahannnya adalah sekitar 700 nits. Sejak dari itu, iklan di laman webnya telah menukar nilai tersebut kepada 700 nits.

Bagaimanapun, keadaan agak rumit selepas itu apabila Nothing telah memberitahu ComputerBase mengenai kemaskini yang akan diperkenalkan bagi membolehkan skrinnya mencapai 1200 nits. Ini kerana perkakasan panel berkenaan dikatakan mampu mencapai sehingga kecerahan tersebut, namun perisiannya sahaja yang tidak mampu.

Cuma pertambahan nilai kecerahan maksima ini kelak akan mengakibatkan penggunaan kuasa bateri yang lebih tinggi, justeru memerlukan pihak Nothing untuk memberikan pertimbangan yang lebih wajar.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada Nothing akan melakukan kajiselidik bagi mendapatkan maklumbalas tentang kadar kecerahan maksima Phone (1) di masa akan datang. Pihak Nothing juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan:

The hardware is capable of reaching up to 1,200 nits peak brightness, but this is currently capped by the software to 700 nits. This decision was made to ensure a balanced user experience regarding heat and battery consumption.
We look forward to hearing from our users about this and will monitor feedback closely to understand if this should be addressed in future software updates.

Background/context – the minimum 500 nits can be achieved in usual conditions – depending on the environment and the content you’re viewing on the device. Product team believe the range of 0-1200 nits for hardware is correct. The software is capped at 700 and this has been tested. They look at software update in future to reach peak 1,200.
0-500, normal range.

500-700 high brightness range. only trigger in auto brightness mode under strong light environment.

700 – 1200 special mode, not available for now due to software limitation.

Tinggalkan komentar