Syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan kini dalam persiapan akhir ujian teknikal 5G menjelang pelaksanaannya tidak berapa lama lagi. Ini berdasarkan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.

Menerusi wawancara beliau dengan Bernama, syarikat-syarikat telekomunikasi kini berada di Stage 4 ujian teknikal 5G. Beliau tidak memperincikan dengan lebih lanjut mengenai ujian berperingkat tersebut, namun menjelaskan ujian akhir ini akan merangkumi aspek seperti pakej-pakej telekomunikasi.

Tambah beliau lagi, pihak SKMM mengambil maklum mengenai perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif dan menjangkakan lebih banyak syarikat telekomunikasi mula menawarkan 5G bermula September ini.

Buat masa ini, hanya YTL Communications sahaja yang menjadi satu-satunya syarikat telekomunikasi tempatan yang menyediakan akses rangkaian 5G melalui pelan Yes 5G. Perjanjian pelaksanaan rangkaian 5G melibatkan pihak Digital Nasional Berhad dengan syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile dijangka akan dimuktamadkan esok.

Tinggalkan komentar