Bersempena dengan acara Samsung Unpacked yang berlangsung pada hari ini, Samsung telah memperkenalkan telefon pintar mercu terbaru keluarannya, siri Samsung Galaxy S10.

Turut sama diperkenalkan adalah model-model dikalangan Samsung Galaxy S10 lain iaitu – Samsung Galaxy S10+, Samsung Galaxy S10 dan juga Samsung Galaxy S10e.

Hadir sebagai model paling asas, Samsung Galaxy S10e menyediakan paparan Super AMOLED berskrin 5.8-inci bersama-sama cipset Exynos 9820. Ianya turut disokong dengan pilihan RAM 6GB/8GB dan storan dalaman 128GB/256GB. Untuk kameranya pula, ia didatangkan dengan fungsi kamera utama dengan tetapan dwi-kamera, 12MP+16MP dan kamera swafoto 10MP. Samsung Galaxy S10 mempunyai bateri berkapasiti 3100mAh.

Seterusnya, Samsung Galaxy S10 menampilkan ciri paparan skrin melengkung Super AMOLED berukuran 6.1-inci. Dilengkapi dengan cipset Exynos 9820, telefon pintar ini didatangkan dengan pilihan RAM 8GB dan storan dalaman 128GB/512GB. Kamera swafoto model ini sama dengan Samsung Galaxy S10e iaitu 10MP, namun tidak pada kamera utamanya yang menawarkan tetapan tri-kamera iaitu 12MP+12MP+16MP. Bateri untuk telefon pintar model ini berkapasiti 3400mAh.

Melengkapi keluarga Galaxy S10 ini, seterusnya adalah Samsung Galaxy S10+ yang didatangkan dengan paparan Super AMOLED berskrin 6.4-inci. Turut menggunakan cipset Exynos 9820 seperti adik-beradiknya yang lain, Galaxy S10+ hadir dengan pilihan RAM 8GB/12GB dan storan dalaman 128GB/512GB/1TB. Sebagai ‘Abang Long’ di antara ketiga-tiga model ini, pastinya ia menawarkan bateri berkapasiti paling besar iaitu 4100mAh. Selain itu, telefon pintar ini dilengkapi dengan kamera utama dengan tetapan tri-kamera – 12MP+12MP+16MP bersama-sama kamera swafoto yang dilengkapi dengan ciri dwi-kamera 10MP + depth sensor.

Ketiga-tiga model telefon pintar ini menyokong fungsi pengecasan nirwayar dan juga pengecasan berbalik. Juga, ketiga-tiganya menyokong pengimejan swafoto pada resolusi Ultra HD, menjanjikan kualiti imej yang lebih optimum untuk perkongsian di media sosial.

Dijangkakan pihak Samsung akan memberikan info lanjut berkenaan keberadaan siri telefon pintar ini di pasaran Malaysia dalam tempoh terdekat ini.

Sumber berita diperoleh dari The Verge

Tinggalkan komentar