Utama Apple Siri iPhone 14 dijangka mempunyai paparan ProMotion 120Hz pada kesemua modelnya

Siri iPhone 14 dijangka mempunyai paparan ProMotion 120Hz pada kesemua modelnya

480
0

Sedang kita menanti kehadiran iPhone 13 pada September ini, perancangan bagi iPhone 14 sudah pun bermula. Antaranya termasuklah rancangan untuk menyediakan paparan ProMotion pada kesemua model iPhone 14.

Buat masa ini untuk siri iPhone 13, hanya model iPhone 13 Pro sahaja yang dilengkapkan dengan paparan tersebut. Banyak perkara telah diambil kira bagi keputusan ini termasuk dari segi kos, pemasaran, hayat bateri dan juga faktor bekalan perkakasan semasa.

Keadaan mungkin akan berubah pada 2022 apabila LG kini sedang dalam proses mengubahsuai pusat pengeluarannya bagi mengeluarkan paparan LTPO TFT OLED bagi memenuhi permintaan kelak.

Tinggalkan komentar