Hampir keseluruhan rekaan produk-produk keluaran Apple merupakan hasil ‘air tangan’ oleh Ketua Pegawai Pereka Apple, Sir Jony Ive. Beliau mula menjalankan tugas sebagai pereka bentuk di Apple sejak dari tahun 1992 apabila Ketua Pegawai Pereka Apple pada ketika itu, Encik Robert Brunner tertarik dengan rekaan konsep Apple Powerbook yang dihasilkan oleh beliau.
Selepas hampir 30 tahun bersama Apple, Sir Jony Ive akan meninggalkan Apple pada tahun ini untuk membuka syarikat reka bentuk sendiri yang dikenali sebagai LoveFrom. Bagaimanapun, beliau mungkin masih mengekalkan hubungan ukhwah beliau bersama Apple asalkan Apple bersetuju untuk menjadi pelanggan utama syarikat baru beliau tersebut.
“Apple will continue to benefit from Jony’s talents by working directly with him on exclusive projects, and through the ongoing work of the brilliant and passionate design team he has built. After so many years working closely together, I’m happy that our relationship continues to evolve and I look forward to working with Jony long into the future.” – Tim Cook, CEO, Apple.
https://www.youtube.com/watch?v=CEW4D_CERkE
Buat masa ini, syarikat baru yang diasaskan oleh beliau iaitu LoveFrom menumpukan pada kerja-kerja mereka bentuk peranti-peranti boleh pakai dan juga produk-produk berkaitan kesihatan.
Sumber berita diperoleh dari Apple













