Siri Samsung Galaxy S23 akan hadir dengan pelbagai aksesori rasmi menjelang pelancarannya yang dijadualkan berlangsung pada Februari tahun hadapan. Kini, hasil perkongsian info dari Roland Quandt di Twitter, kita akan mendapat sedikit gambaran mengenai aksesori yang ditawarkan bersama-sama warnanya.
Untuk S Pen, warna yang akan ditawarkannya nanti terdiri daripada Black, Green, Rose (Light Pink), dan Beige. Warna-warna lain tidak dinyatakan, namun dijangka akan diumumkan kelak. Warna untuk S Pen ini juga dijangka dapat mengesahkan warna apa yang akan ditawarkan pada Galaxy S23 nanti.
Galaxy S23/S23+ dan Galaxy S23 Ultra juga dijangka akan hadir dengan aksesori berbentuk:
- Leather cover
- Silicone cover (dengan strap dan juga tanpa strap)
- Frame cover
- Clear View case
- Transparent cover Ultrafine
Roland Quandt bagaimanapun turut menjelaskan senarai yang diterimanya ini mungkin masih lagi belum lengkap.
Galaxy S23/S23+ AND Ultra official accessories 1/2
Leather Cover: Camel, Black, Green
Silicone Cover w/ Strap: Black, White
Silicone Cover: Khaki, Navy, Orange, Cotton, Violet
Frame Cover: Black, White
Clear View Cover: Black, Violet, Khaki, Creme
Transparent Cover Ultrafine— Roland Quandt (@rquandt) November 29, 2022













