Pada majlis pelancaran Mi 8 yang berlangsung sekitar penghujung bulan Mei baru-baru ini, Xiaomi turut mempertontonkan kepada khalayak antaramuka yang baru, MIUI 10. Apa yang menarik pada antaramuka baru Xiaomi ini adalah fungsi integrasi kecerdasan buatan yang lebih menyeluruh.
Bagaimanapun, antaramuka MIUI 10 ini tidak disertakan bersama-sama pada telefon pintar Mi 8. Sebaliknya, buat sementara waktu ini, telefon pintar berkenaan hanya menggunakan antaramuka MIUI 9 dan dijangkakan kemaskini ke MIUI 10 bakal menyusul sebaik sahaja ujian beta antaramuka baru tersebut selesai dijalankan.
Pihak Xiaomi juga telah menyenaraikan 28 buah telefon pintar Xiaomi yang bakal menerima kemaskini antaramuka terbaru ini menerusi laman forum rasminya. Senarai tersebut turut menyatakan kemaskini tersebut hanya tersedia untuk ROM China sahaja. Tiada sebarang tarikh dan ketersedian kemaskini ini untuk ROM Global dinyatakan setakat ini.
Berikut adalah senarai 28 buah telefon pintar Xiaomi yang bakal menerima kemaskini antaramuka MIUI 10:
- Mi 4c
- Mi 4s
- Mi 5
- Mi 5c
- Mi 5s Plus
- Mi 5X
- Mi 6
- Mi 6X
- Mi 8
- Mi 8 SE
- Mi Max
- Mi Max 2
- Mi Max Prime
- Mi Mix
- Mi Mix 2
- Mi Mix 2S
- Mi Note 2
- Mi Note 3
- Redmi 4X
- Redmi 5
- Redmi 5A
- Redmi 5 Plus
- Redmi 5s
- Redmi Note 4X
- Redmi Note 5
- Redmi Note 5A
- Redmi Note 5A Prime
- Redmi S2/Y2
Sumber berita diperoleh dari GSMArena













