Sistem SecureTAC yang menggantikan penghantaran mesej TAC menerusi SMS telah dilancarkan oleh CIMB sejak November tahun lepas. Sistem berkenaan membolehkan pengguna hanya perlu menekan butang “Approve” untuk membuat pengesahan transaksi melalui aplikasi CIMB.
Bagaimanapun, sistem SecureTAC berkenaan pada masa itu hanya menyokong penggunaannya melalui transaksi di dalam aplikasi peranti mudah alih CIMB sahaja.
Kini, CIMB memaklumkan bahawa sokongan SecureTAC untuk transaksi melalui laman web akan mula ditawarkan untuk pengguna-penggunanya bermula April tahun ini.
Penggunaan SecuTAC ini diharapkan dapat mengatasi masalah kod TAC lambat diterima apabila dihantar melalui SMS sebelum ini. Untuk sistem penghantaran kod TAC yang baru ini, pengguna boleh membuat pengesahan melalui peranti masing-masing selepas notifikasi di hantar kepada pengguna.
Sumber berita diperoleh dari CIMBClicks













