Samsung secara rasminya mengumumkan akan mengadakan acara Unpacked berikutnya untuk tahun ini pada 10 Ogos 2022. Acara tersebut dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti baharu termasuk Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Watch 5.

Sebelum ini terdapat laporan yang tertiris dari Evan Blass yang mengatakan Samsung akan mengadakan acara Unpacked 2022 pada tarikh tersebut dan kini Samsung telah mengesahkan akan mengadakan acara tersebut berdasarkan pengumuman rasmi yang dikeluarkannya.

Lanjutan dari itu, Samsung turut berkongsikan sebuah klip pendek yang menunjukkan sebuah peranti boleh lipat. Berdasarkan klip video berkenaan, berkemungkinan besar peranti yang ditunjukkan adalah Galaxy Flip. Turut ditunjukkan pada video berkenaan adalah tarikh acara berkenaan iaitu 10 Ogos 2022.

Pada tahun lepas, Samsung telah mengadakan acara Unpacked pada 11 Ogos yang turut melancarkan Galaxy Z Flip 3. Oleh itu, tidak mustahil peranti berkenaan mungkin akan dilancarkan di dalam acara tersebut berdasarkan imej-imej pengolokan yang tertiris sebelum ini. Galaxy Z Flip 4 kelak mungkin hadir lebih nipis berbanding keluaran sebelumnya pada tahun lepas.

Bersempena pengumuman tarikh acara Samsung Galaxy Unpacked, pengguna di Malaysia turut berpeluang menebus e-baucar bernilai RM200 jika membuat pra-tempahan peranti Galaxy baharu berkenaan.

Tinggalkan komentar