Samsung secara rasminya telah pun menerbitkan kemaskini rasmi OS Androi 10 untuk siri telefon pintar Galaxy Note 10 di Malaysia. Kemaskini ini hadir seminggu selepas ianya dilaporkan diterbitkan untuk peranti-peranti di Eropah dan Amerika Syarikat.

Kemaskini versi stabil yang juga dikenali sebagai N975FXXU1BSL7 telah disalurkan secara OTA ke seluruh peranti-peranti Note 10 di seluruh negara. Pada saiz fail berjumlah 2GB, ianya hampir menyamai saiz fail yang disediakan untuk kemaskini siri telefon pintar Galaxy S10 pada bulan lepas.

Antara ciri-ciri terbaru yang diperkenalkan melalui kemaskini Android 10 termasuklah antaramuka Samsung One UI 2, mod gelap, animasi yang lebih lancar dan animasi skrin penuh yang baru bersama-sama gerak isyarat terbaru.

Bagi anda yang memiliki Note 10 atau Note 10+, tab kemaskini perisian anda mungkin sudah mengajukan kepada anda tentangnya pada ketika ini.

Sumber berita diperoleh dari GSM Arena

Tinggalkan komentar