Utama Android Samsung Samsung Malaysia tawarkan rebat RM1,100 untuk siri Samsung Galaxy Note 20

Samsung Malaysia tawarkan rebat RM1,100 untuk siri Samsung Galaxy Note 20

605
0

Bersempena promosi jualan pertengahan tahun, Samsung menawarkan rebat tunai bagi pembelian dua siri telefon pintar keluarannya, iaitu siri Galaxy Note 20 dan Galaxy A32.

Bagi Samsung Galaxy Note 20, telefon pintar dengan storan 256GB dengan sokongan rangkaian 5G ini boleh didapati dengan harga RM 3,199 sahaja selepas rebat tunai RM 1,100. Harga jualannya di luar tempoh promosi ini adalah RM 4,299.

Manakala model yang lebih tinggi spesifikasinya di dalam siri ini, Galaxy Note 20 Ultra pula kebiasaannya dijual pada harga RM 5,199. Melalui tawaran rebat ini, harganya telah dikurangkan kepada RM 4,099 sahaja.

Selain Galaxy Note 20, Samsung turut memberikan tawaran rebat bagi sebuah lagi model telefon pintar keluarannya, Samsung Galaxy A32 LTE. Telefon pintar berharga RM 1,099 ini kini dijual pada harga RM 999 selepas diskaun RM 100.

Produk Model Harga jualan biasa Harga promosi
Galaxy Note20 Galaxy Note20 Ultra 5G 256GB RM5,199 RM4,099

(rebat tunai segera RM1,100)

Galaxy Note20 5G 256GB RM4,299 RM3,199

(rebat tunai segera RM1,100)

Galaxy A32 LTE 128GB RM1,099 RM999

(rebat tunai segera RM100)

Promosi jualan pertengahan tahun Samsung Malaysia ini bermula dari 29 Mei hingga 4 Julai 2021 di seluruh kedai Samsung Experience dan kedai dalam talian Samsung Malaysia.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar