Samsung dilaporkan akan memperkenalkan pengimbas cap jari di bawah skrin paparan Galaxy S10. Namun begitu, langkah ini dijangka bakal menghentikan penggunaan pengimbas iris pada siri berikutnya telefon pintar flagship dari Samsung ini.
Menurut sebuah penerbitan di Korea Selatan, The Bell, Samsung juga dilaporkan tidak memohon pengimbas Iris dari pembekal pilihan mereka seperti kebiasaan. Seterusnya menguatkan andaian bahawa Samsung akan mengikut jejak langkah pengeluar lain seperti Vivo yang menempatkan pengimbas cap jari di bawah skrin paparan.
Samsung juga dijangkakan akan menggunakan teknologi imbasan wajah dan sedang mempertimbangkan menggunakan kamera penderia 3D seperti Apple Face ID. Seterusnya mampu menyediakan tahap ciri keselamatan yang lebih tinggi berbanding cara konvensional ketika ini yang sekadar menggunakan kamera hadapan. Cuma, pertambahan ciri ini dilihat melewah kerana telefon pintar berkenaan dilaporkan akan hadir dengan pengimbas cap jari pada paparannya.
Memandangkan Samsung memang suka meletakkan macam-macam fungsi dalam sesebuah peranti, tidak menghairankan jika kedua-dua ciri keselamatan ini dimuatkan ke dalam Samsung Galaxy S10 berkenaan.
Lanjutan dari itu, Electronic Times turut melaporkan Galaxy S10 Plus pula akan hadir dengan tiga kamera. Agak aneh, namun itu adalah sebahagian dari khabar angin yang tersebar berkenaan telefon pintar flagship Samsung yang bakal hadir ini.
Sumber berita diperoleh dari Engadget














Whattt… tiga camera? Whatever for… pelik aku… garu2 kepala yang bebas kutu :’D
Dua camera soooo 2012.. Haha