Samsung telah mengumumkan pembukaan secara rasminya Senheng x Samsung Premium Experience Store di Shoppes in Four Seasons Place di Kuala Lumpur.
Kedai premium seluas 5,399 kaki persegi ini menawarkan enam zon pengalaman bagi penggunaan merasai sendiri produk-produk Samsung seperti telefon pintar mercu siri Galaxy S terkini, televisyen pintar Neo QLED, peralatan-peralatan elektrik Bespoke, peranti dan audio boleh pakai Galaxy, projektor Freestyle dan banyak lagi.
“Di Samsung, pengguna adalah teras kepada apa yang kami hasilkan. Setiap apa yang kami lakukan sekarang direka bagi memperkayakan pengalaman penting pengguna disamping menyediakan persekitaran yang sihat,” menurut satu kenyataan oleh Presiden Samsung Malaysia Electronics Encik Edward Han.
Kedai yang baharu dibuka ini juga membolehkan pengguna mengalami sendiri kesalinghubungan di antara pelbagai produk-produk pintar Samsung.
Kami berkongsikan komitmen yang terbuka kepada kerjasama dan sentiasa meneroka kaedah baharu dalam meberikan pengguna pengalaman kepenggunaan yang lebih baik merentasi peranti, aplikasi dan perkhidmatan agar seluruh pengguna di Malaysia dapat menikmat produk-produk terkini Samsung,” ujar Pengerusi Senheng Lim Kim Heng.

Tawaran hebat pembukaan rasmi Senheng x Samsung Premium Experience Store
Bersempena pembukaan sulungnya, para pelanggan dapat menikmati tawaran hebat menerusi pembelian bermula dari 17 Jun hingga 21 Jun ini di Senheng x Samsung Premium Experience Store dan juga aplikasi mudah alih Senheng.
Tawaran tersebut meliputi rebat RM1,000 bagi setiap pembelian Galaxy Z Flip3 5G dan cenderahati percuma bernilai sehingga RM2,599 bagi pembelian QLED 4K TV. Anda juga boleh mengikuti acara khusus untuk produk-produk kegemaran anda bersama-sama pempengaruh popular masa kini di kedai premium berkenaan.
| Tarikh dan Waktu | Produk yang diketengahkan | Hos Jemputan |
| 17 Jun 2022, 8pm | QLED 4K TV, Smart Monitors | Shafiq Chulan & Shu Faye |
| 18 Jun 2022, 4pm | Penyaman udara WindFree, Peti Sejuk BESPOKE | Dini Schatzmann & Caely See |
| 19 Jun 2022, 4pm | Galaxy S Series & Galaxy Z Series | Brandon Ho & Sachie Amira |
| 20 Jun 2022, 8pm | Peralatan elektrik rumah Smart Home | Caely See & Jack Lim |
| 21 Jun 2022, 8pm | Mesin Basuh & Pengering, BESPOKE AirDresser & BESPOKE Jet | Shalma Ainaa & Wan Imar Izzat |
Anda yang berminat boleh mengunjungi Senheng x Samsung Premium Experience Store di Shoppes at Four Seasons Place, Lot G-01, Aras Bawah, Hotel Four Seasons, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Maklumat lanjut, ikuti laman Facebook rasmi Samsung dan juga Senheng.













