Samsung Electronics telah mengumumkan pencapaiannya dalam memecahkan rekod kelajuan pemindahan data secara nirwayar menggunakan teknologi rangkaian mmWave 5G. Ujian tersebut dilakukan secara usahasama dengan NBN Co.
NBN Co. merupakan syarikat yang menjadi sebahagian dari rancangan pelaburan berjumlah AUSD 750 juta (~RM2.281 billion) di Australia. Rekod kelajuan ini mampu dicapai melalui penggunaan pelbagai peningkatan perisian yang dilakukan oleh NBN.
Menerusi ujian tersebut, peranti yang digunakan mencapai kelajuan muat turun purata 1.75Gbps dan 61.5Mbps kelajuan muat naik purata. Kelajuan memuat naiknya ini juga boleh memuncak sehingga 2.7Gbps sungguhpun melalui jarak 10km.
Samsung dan NBN memaklumkan pencapaian baharu ini merupakan langkah penting di dalam pembangunan rangkaian 5G yang bukan sekadar di kawasan berkepadatan penduduk tinggi di bandar, malah di kawasan luar bandar juga. Kejayaan hasil dari pengujian ini menunjukkan teknologi rangkaian 5G mempunyai potensi yang amat besar di masa hadapan.













