Samsung sedang merancang untuk memanggil semula (recall) telefon pintar yang baru dilancarkannya, Galaxy Note 7 secara global dalam tempoh kurang dari seminggu menurut agensi berita Korea Selatan, Yonhap. Panggilan semula terhadap peranti berkenaan hadir di saat hiruk pikuk tentang berita-berita yang mengatakan bateri pada sesetengah Galaxy Note 7 meletup.

Malah, Reuters turut melaporkan bahawa akan berlaku kelewatan dalam penghantaran peranti berkenaan untuk melakukan ujian kualiti tambahan. Terdapat juga pihak-pihak yang menyebarkan imej dan video Galaxy Note 7 yang hangus terbakar di media-media sosial Korea Selatan. Dikhabarkan bahawa bateri telefon pintar berkenaan meletup sewaktu penghantaran kepada pelanggan.

Samsung buat masa ini masih lagi belum mengesahkan kejadian berkenaan dan tidak memberikan sebarang respon kepada orang ramai.

Jumaat lalu, pihak Samsung Australia telah menangguhkan jualan Galaxy Note 7 sehingga kerja siasatan selesai.

“We are conducting a thorough inspection with our partners,” ujar jurucakap Samsung Australia di dalam satu kenyataan. “We will share the findings as soon as possible. Sales of the Galaxy Note 7 have been paused while we investigate.”

Telefon pintar yang telah dilancarkan secara rasminya kurang dari dua minggu lalu ini dikhabarkan mempunyai keupayaan bateri yang tahan lebih lama untuk digunakan.

Sumber berita diperoleh dari Yonhap, Imej diperoleh dari TechRadar

Tinggalkan komentar