Kuala Lumpur, 21 Januari 2025 – Samsung Malaysia Electronics (“Samsung”) terus memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia dengan inovasi AI dan teknologi terkini. Syarikat ini sekali lagi membuktikan keunggulannya dengan mencapai kejayaan luar biasa di Putra Brand Awards 2024, mengukuhkan statusnya sebagai jenama pilihan pengguna di Malaysia.
Dalam acara berprestij tersebut, Samsung dengan bangganya menerima dua Anugerah Platinum dalam kategori ‘Peranti Komunikasi’ dan ‘Kamera, IT dan Peralatan Pejabat & Perniagaan’, serta satu Anugerah Emas dalam kategori ‘Peralatan Peribadi, Rumah & Luar Rumah’. Pengiktirafan ini menonjolkan dedikasi Samsung dalam menyampaikan penyelesaian inovatif berkuasa AI yang mentakrifkan semula kehidupan harian, sekaligus memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam ruang teknologi.
“Kami sangat berbesar hati diiktiraf oleh pengguna setia kami melalui Putra Brand Awards,” kata Elaine Soh, Ketua Pegawai Pemasaran Samsung Malaysia Electronics. “Penghargaan ini mencerminkan kepercayaan dan kesetiaan yang telah diberikan rakyat Malaysia kepada Samsung selama ini. Ketika kami terus menerima kemajuan teknologi, kami tetap komited untuk mencipta inovasi berkuasa AI yang mempermudahkan dan mempertingkatkan pengalaman harian, memastikan Samsung kekal sebagai jenama pilihan rakyat Malaysia.”
Putra Brand Awards, sebuah inisiatif oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As), meraikan jenama tempatan dan antarabangsa yang paling relevan dengan pengguna di Malaysia. Tahun ini, lebih daripada 50,212 maklum balas diterima untuk menentukan jenama paling digemari rakyat Malaysia dalam pelbagai kategori.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.samsung.com.my













