Telefon pintar boleh lipat kian rancak di pasaran apabila semakin banyak pengeluar yang mula menghasilkannya. Buat masa ini, Samsung masih lagi menjadi pengeluar terulung bagi segmen telefon pintar yang agak baharu diperkenalkan di pasaran pada ketika ini.

Pada tahun 2022, syarikat elektronik gergasi dari Korea Selatan ini menjadi peneraju untuk kategori ini, melebihi jumlah keseluruhan telefon pintar boleh lipat yang dijual oleh pengeluar lain.

Menurut Financial Times, kajian dari Canalys mencatatkan jumlah jualan telefon pintar di pasaran seluruh dunia pada 2022 sebanyak 14.2 juta unit. Daripada jumlah tersebut, Samsung telah memasarkan lebih dari 11 juta unit.Financial Times Samsung Foldable

Pengeluar dari China Huawei berada di tempat kedua dengan 2 juta unit, diikuti oleh Oppo, vivo, Xiaomi, Honor, dan Motorola, yang mencatatkan jualan sekitar 40,000 unit.

Analisis dari Canalys juga menjangkakan jualan telefon pintar boleh lipat pada 2023 meningkat dua kali ganda dan mencecah 30 juta unit. Pasaran telefon pintar boleh lipat pada tahun ini juga dijangka akan lebih meriah dengan lebih banyak pengeluar China menghasilkannya.

Tinggalkan komentar