Google telah melancarkan Android 13 pada 15 Ogos lalu dan Samsung menjadi yang pertama menawarkan Android 13 melalui kemaskini One UI 5 untuk siri Galaxy S22 pada 24 Oktober baru-baru ini. Kemaskini tersebut seterusnya menyusul ke peranti-peranti Samsung yang lain sehingga kini.
Penawaran kemaskini One UI 5 merupakan paling pantas yang pernah disediakan oleh Samsung untuk peranti-peranti mercu dan juga peringkat menengah yang dijangka menerimanya pada tahun hadapan. Untuk tahun 2023 ini juga, Samsung menyatakan hasrat untuk melakukan yang lebih baik dari apa yang ditawarkannya sekarang.
Menerusi laporan di dalam akhbar Korea baru-baru ini, Samsung berjanji untuk menambahbaik penawaran kemaskini perisiannya. Apa yang telah dicapai oleh Samsung dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini merupakan satu pencapaian yang amat menggalakkan jika dibandingkan dengan beberapa tahun sebelum ini.













