Awal minggu ini, imej beresolusi tingg telefon pintar Samsung Galaxy S22 yang akan datang dikatakan telah tertiris hasil maklumat dari Evan Blasss (@evleaks). Selain dari ketiga-tiga telefon berkenaan, beliau juga berkongsikan imej pengolokan beresolusi tinggi tablet Galaxy Tab S8 Ultra.

Imej tablet berkenaan sebelum ini dikatakan pernah tertiris. Namun, melalui imej beresolusi tinggi yang tertiris ini, lebih banyak perincian mengenai Galaxy Tab S8 Ultra dapat dijangka.

Sungghpun imej berkenaan tidak menyertakan apa-apa maklumat atau spesifikasi perkakasannya, didapati saiz yang akan ditawarkannya kelak adalah amat besar. Berkemungkinan ia hadir dengan paparan AMOLED 1.6-inci dengan WQXGA+ beresolusi 3000 x 1800.Samsung-Galaxy-Tab-S8-Ultra-Depan

Selain itu, melalui imej yang ditiriskan ini berkemungkinan takuk pada paparan yang menempatkan dua kamera hadapan benar-benar akan direalisasikan. Dalam pada masa yang sama juga, kamera belakang tablet ini juga akan menyediakan tetapan dwi-kamera.Samsung-Galaxy-Tab-S8-Ultra-Belakang

Untuk perkakasannya, maklumat awal yang telah tertiris mengatakan tablet ini mungkin akan menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1. Ia akan digandingkan dengan RAM 16GB, storan 512GB dan bateri berkapasi 11200mAh dengan sokongan pengecasan sehingga 45W.

Setakat artikel ini ditulis, tiada khabar secara rasminya mengenai Galaxy Tab S8 Ultra termasuk harga ia dipasarkan kelak. Sehingga itu, dijangkakan lebih banyak maklumat mengenai tablet ini akan diketahui menjelang acara Galaxy Unpacked yang dijadualkan berlangsung pada 9 Februari ini.

Tinggalkan komentar