Samsung Malaysia hari ini telah melancarkan tablet Galaxy Tab S7 FE. Ia hadir dalam dua varian iaitu RAM 4GB + storan 64GB dan RAM 6GB + storan 128GB. Harga bagi kedua-dua varian ini masing-masing RM1,899 dan RM2,199.

Dari segi spesfikasinya, Samsung Galaxy Tab S7 FE hadir dengan paparan 12.4-inci dan turut disertakan bersama pena stylus S Pen.

Cipset Qualcomm Snapdragon 778G menguasakan tablet ini dan ia menggunakan bateri berkapasiti 10,090mAH yang menyokong pengecasan pantas 45W. Untuk kameranya, tablet ini mempunyai sebuah sensor 8MP untuk kamera belakang dan sensor 5MP untuk kamera hadapan.

Bukan itu sahaja, Galaxy Tab S7 FE turut didatangkan bersama-sama langganan percubaan Clip Studio Paint selama 6-bulan secara percuma. Selain Clip Studio Paint, anda juga ditawarkan dengan perkhidmatan YouTube Premium percuma selama 4-bulan.

Bermula dari hari ini sehingga 31 Oktober 2021, anda akan ditawarkan dengan aksesori percuma bagi pembelian tablet Samsung terbaru ini. Untuk Galaxy Tab S7 FE (4+64GB), anda akan ditawarkan dengan Book Cover secara percuma. Manakala bagi Galaxy Tab S7 FE (6+128GB) pula, anda akan menerima aksesori percuma Book Cover dan Smart Keyboard Trio 500.

Maklumat lanjut mengenai Galaxy Tab S7 FE boleh didapati menerusi Samsung Malaysia.

Tinggalkan komentar