Samsung telah mengumumkan rancangannya untuk melancarkan Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+ ke pasaran Malaysia melalui pengumuman tarikh permulaan pra tempahan peranti berkenaan yang dijadualkan bermula dari 11 April hingga 13 April 2017.
Menurut Lee Jui Siang, Timbalan Pengarah IT dan Peranti Mudah Alih Samsung Malaysia Electronics, Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+ boleh dibuat pra-tempahan dari 11 April hingga 13 April. Cuma tarikh ianya boleh diperolehi sahaja yang masih belum diumumkan. Bagaimanapun, tambah beliau lagi, kedua-dua telefon pintar model terbaru keluaran Samsung ini bakal menemui pengguna di Malaysia pada tarikh yang tidak jauh dengan tarikh pelancarannya ke pasaran global iaitu 21 April ini.
Selain itu, telefon pintar model terbaru keluaran Samsung ini terlebih dahulu hanya akan hadir dengan tiga pilihan warna sahaja untuk pasaran Malaysia; Midnight Black, Maple Gold, dan Orchid Gray. Dua lagi pilihan warna, iaitu Coral Blue dan Arctic Silver mungkin akan menyusul kemudian.
Kedua-dua model dari Samsung ini akan menampilkan papran Super AMOLED dengan Samsung Galaxy S8 5.8 inci dan Samsung Galaxy S8+ hadir dengan paparan 6.2 inci. Ia juga dijangkakan hadir dengan pemprosesan Exynos 8895 berserta RAM 4GB LPDDR4, storan berkelajuan tinggi UFS 2.1 64GB, slot kad mikroSD, kamera belakang 12MP dwi-piksel f/1.7, kamera hadapan 8MP dengan fokus auto. Selain itu ia turut hadir dengan penarafan IP68 yang menjadikan kedua-duanya kalis air dan debu.
Maklumat ini adalah berdasarkan info-info yang telah tertiris di pelbagai laman sesawang sejak ura-ura pembangunan model terbaru Samsung Galaxy digembar-gemburkan sejak tahun lepas.
Samsung memberikan perhatian khusus terhadap pembangunan model terbaru Samsung Galaxy ini setelah mengharungi detik sukar masalah bateri yang melanda sesetengah keluaran Samsung Note 7 sebelum ini hingga sedikit sebanyak menjejaskan reputasi syarikat dari Korea Selatan ini.
Sumber berita diperoleh dari New Straits Times














wah cantik juga, tapi saya serik dah dengan samsung. suka sangat hang sendiri