Maklumat mengenai Samsung Galaxy S24 Ultra sekali lagi tertiris di arena web. Kali ini melibatkan info berkenaan kamera utama telefon pintar berkenaan yang dikatakan akan menerima sensor 200MP yang dinaik taraf, menurut pentiris maklumat tegar di X (Twitter), Ice Universe.

Kamera utama berkenaan dikatakan akan menggunakan sensor 200MP ISOCELL HP25X, versi naik taraf dari yang sedia ada digunakan pada Galaxy S23 Ultra, ISOCELL HP2.

Sensor baharu ini juga dikatakan akan mengekalkan saiz 1/1.3-inci seperti yang digunakan sekarang. Antara ciri-ciri yang dijangka disediakan di dalam sensor tersebut termasuklah:

  • Advanced Super Quad Phase Detection Autofocus
  • native 16-in-1 pixel binning
  • native 4-in-1 pixel binning

Menariknya Galaxy S24 Ultra juga dijangka akan membawakan kamera telefoto 3x baharu yang telah dipertingkatkan. Kemungkinan ia merupakan kamera 50MP bersaiz 1/2.52-inci dengan 0.7µm piksel. Mungkin gambar yang akan dizum kelak lebih jelas dan terang dari apa yang ditawarkan pada Galaxy S23 Ultra sekarang ini.

Tinggalkan komentar