Utama Android Samsung Samsung Galaxy S22 Ultra mungkin akan dikenali sebagai Galaxy S22 Note

Samsung Galaxy S22 Ultra mungkin akan dikenali sebagai Galaxy S22 Note

574
0
Samsung Galaxy S22 Note

Samsung Galaxy S22 Ultra pernah dikatakan akan hadir dengan slot untuk menempatkan S Pen, sama seperti telefon Galaxy Note sebelum ini.

Laporan terkini mengatakan telefon berkenaan bukan sahaja akan mempunyai pena stylus tersebut, malah turut digabungkan dengan nama siri Note.

Kemungkinan besar nama Galaxy S22 Note akan digunapakai ini hadir dari pengguna Twitter, @FronTron. Beliau sebelum ini seringkali memberikan info awal yang tepat berkaitan dengan Samsung.

Gabungan nama S dan Note ini dilihat amat sepadan. Ini berdasarkan keadaan semasa dalam menghadapi penularan wabak pandemik dan kekurangan bekalan komponen.

Samsung mencuba sebaik mungkin bagi membawa naik Galaxy Z Fold 3 sebagai alternatif kepada Galaxy Note baharu melalui skrinnya yang lebar dan sokongan S Pen. Akan tetapi daya tarikan dari Galaxy Note kepada peminatnya masih lagi kuat buat masa ini.

Tinggalkan komentar