Samsung Malaysia kini menawarkan tiga pilihan warna eksklusif secara dalam talian untuk Samsung Galaxy S22 Ultra. Anda kini boleh mendapatkan Galaxy S22 Ultra dengan pilihan warna dwi tona yang terdiri daripada Graphite, Sky Blue dan Red.

Melalui pilihan warna terbaru ini, kini terdapat 7 warna pilihan untuk Galaxy S22 Ultra. Bagaimanapun, ia hanya ditawarkan untuk Samsung Galaxy S22 Ultra dengan pilihan storan 256GB sahaja yang berharga RM5,499.

Untuk pilihan storan 128GB (Harga: RM5,099) dan 512GB (Harga: RM5,899) pula, pilihan warna yang ditawarkan setakat ini kekal dengan Burgundy, Phantom Black, Phantom White dan Green.

Buat anda yang berminat dengan warna-warna pilihan baharu ini, Samsung Malaysia kini menawarkannya untuk dipra-tempah bermula dari 4 Julai hingga 14 Julai 2022. Ia didatangkan bersama-sama eVoucher RM800 dan rebat segera RM600 apabila anda membuat tukar beli dengan mana-mana peranti pintar.

Tawaran ini boleh didapati menerusi kedai dalam talian rasmi Samsung Malaysia. Telefon pintar ini juga turut ditawarkan dengan pelan ansuran bulanan tanpa faedah serendah RM229.13 sebulan.

Berbeza dengan model standard Galaxy S22 Ultra, pilihan warna eksklusif dalam talian ini turut didatangkan dengan bingkai logam berwarna hitam yang menutup atas dan bawah dan juga di sisinya. Dalam pada masa yang sama, S Pen pilihan warna eksklusif ini juga disaluti dengan warna eksklusif berkenaan.

Anda boleh ikuti ulasan terperinci kami mengenai Samsung Galaxy S22 Ultra dan juga artikel khas kami mengenai S Pen.

Tinggalkan komentar