Anda mungkin telah mengambil maklum mengenai pelancaran telefon pintar baharu Samsung ini sejak beberapa bulan yang lalu. Baru sahaja sebentar tadi, Samsung secara rasminya telah melancarkan model telefon pintar mercu peringkat tertingginya bagi tahun 2022, Galaxy S22 Ultra.

Menurut Samsung, tujuan Galaxy S22 Ultra diperkenalkan bagi menggabungkan kuasa dan sifat produktiviti Galaxy Note dengan kuasa fotografi dan videografi Galaxy S.

Ini menjelaskan mengapa telefon baharu ini menampilkan S-Pen berintegrasi. Pun begitu, ia bukanlah telefon Galaxy S pertama yang menyokong S Pen kerana Galaxy S21 Ultra tahun lepas telah menyediakan sokongan tersebut.Samsung Galaxy S22 Ultra 2

S-Pen untuk Samsung Galaxy S22 Ultra

Melalui teknologi ramalan koordinat berasaskan AI dan cip Wacom baharu, penggunaan dan respon S-Pen pada Galaxy S22 Ultra pada kali ini jauh lebih baik. Kelajuan koordinatnya telah dipertingkatkan dari 360 kepada 480 litar per saat. Samsung juga menyebut Galaxy S22 Ultra mampu melakukan pengecaman tulisan tangan dalam 88 bahasa, berbanding 76 sebelum ini.

Telefon bahari ini juga memperkenalkan Collaboration View yang membolehkan Galaxy S22 Ultra digunakan bersama-sama Galaxy Tab S8 yang juga baharu dilancarkan.

Salah satu contoh penggunaan yang diketengahkan Samsung adalah pengguna boleh mengakses tetapan alatan aplikasi lukisan seperti palet warna secara berasingan pada Galaxy S22 Ultra. Justeru membolehkan anda menumpukan sepenuh perhatian terhadap lukisan pada paparan Galaxy Tab S8.

Fotografi Samsung Galaxy S22 Ultra

Dari segi fotografi dan videonya pula, Galaxy S22 Ultra menawarkan kuad-kamera yang mengandungi sensor dwi-piksel 108MP f/1.8 dan ultra-lebar 12MP f/2.2. Bersama-sama dengannya, model telefon pintar mercu ini turut dilengkapkan dengan dua kamera telefoto 10MP.

Salah satu daripada kamera telefoto berkenaan mempunyai lensa f/2.4 dan zum optikal 3x. Manakala sebuah kamera telefoto lagi didatangkan dengan lensa f/4.9 dan mampu melakukan zum optikal sehingga 10x. Menerusi fungsi Space Zoom yang ditawarkannya, Galaxy S22 Ultra mampu menyediakan zum digital sehingga 100x.

Untuk swafoto pula, telefon ini menyediakan sebuah kamera 40MP f/2.2 yang ditempatkan pada bahagian tengah di atas paparanya. Bercakap mengenai paparannya, Galaxy S22 Ultra mempunyai paparan Dynamic AMOLED 2X 6.8-inci. Ia turut menyediakan sokongan pembaca cap jari ultrasonik dan juga kadar penyegaran semula sehingga 120Hz.

Untuk pasaran Malaysia pemprosesan yang digunakan oleh telefon pintar mercu ini merupakan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1. Jenis pemprosesan yang ditawarkan ini bagaimanapun berbeza mengikut pasarannya. Misalnya di Eropah, model di sana menggunakan cipset Samsung Exynos 2200 yang menyokong fungsi Ray Tracing.

Pilihan memori dan storan Galaxy S22 Ultra ditawarkan dari RAM 8GB dan storan 128GB. Kapasiti RAM 12GB juga ditawarkan bagi model ini dengan pilihan kapasiti storan pula ditawarkan pilihan 256GB, 512GB, dan 1TB. Walaubagaimanapun, pilihan ini bergantung pada pasarannya.

Sama seperti Galaxy Z Fold 3 dan Z Flip 3 yang dilancarkan pada tahun lalu. Samsung mengetengahkan soal kelasakan Galaxy S22 Ultra dengan memperkasakannya dengan Armor Aluminum.

Telefon dengan persijilan IP68 ini juga menyertakan Corning Gorilla Glass Victus+ pada bahagian hadapan dan belakangnya untuk meningkatkan kelasakannya.

Melengkapkan spesifikasinya, telefon pintar ini turut didatangkan dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 45W dan 15W bagi pengecasan secara nirwayar.

Hadiah eksklusif untuk pra-tempahan Samsung Galaxy S22

Bagi meraikan kehadiran telefon pintar mercu keluaran terbaru ini, Samsung Malaysia telah mengumumkan para pelanggan boleh melakukan pra-tempahan bermula dari 10 Februari ini sehingga 3 Mac 2022.

Anda yang membuat pra-tempahan siri Samsung Galaxy S22 ini bakal menikmati ganjaran bernilai sehingga RM1,317. Ia merangkumi e-baucar bernilai RM800 untuk dibelanjakan di Samsung Malaysia Online Store, Silicone Cover dengan tali ‘Strap’, dan sebuah Lucky Box yang mengandungi tali ‘strap’ edisi terhad.

Selain itu, pembelian Galaxy S22 Ultra 5G pula berpeluang menerima LAMY Safari Twin Pen. Manakala buat anda yang membuat pembelian Galaxy S22 Plus dan Galaxy S22 pula berpeluang menerima Camera Filter Mount.

Pra-tempahan boleh didapati menerusi Samsung Experience Store, wakil jualan Samsung yang sah dan Samsung Malaysia Online Store. Untuk maklumat lanjut mengenai pra-tempahan ini, layari Samsung Malaysia. Anda juga boleh membuat pra-tempahan Galaxy S22 Ultra 5G dan juga Galaxy S22+/S22 5G dengan segera melalui Samsung Malaysia.

Model Harga Jualan Colour Hadiah Eksklusif
Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 256GB RM 5,499 Phantom Black, Phantom Silver, Green,

Burgundy

• e-baucar Samsung.com (“Pre-Order e-Voucher”) bernilai RM800

• Galaxy S22 Ultra 5G Silicone Cover dengan Strap bernilai RM169

• 1x Lucky Box (1x strap lebar untuk Silicone Cover dengan Strap) bernilai RM79

• 1x Galaxy X LAMY Safari Twin Pen, bernilai RM269

Samsung Galaxy S22+ 5G 256GB RM 4,299 Phantom Black, Phantom Silver, Green,

Pink Gold

• Samsung.com e-Voucher (“Pre-Order e-Voucher”) bernilai RM800.

• Galaxy S22+ 5G atau Galaxy S22 5G Silicone Cover dengan Strap bernilai RM169

• 1x Lucky Box (1x wide strap untuk Silicone Cover dengan Strap) bernilai RM79

• 1x Camera Filter Mount, bernilai RM169

Samsung Galaxy S22 5G 256GB RM 3,699 Phantom Black, Phantom Silver, Green,

Pink Gold

 

Tinggalkan komentar