Samsung dijangka akan memperkenalkan Galaxy S22 pada awal Februari ini. Khabar angin menyatakan rekaan versi standard dan Plus telefon pintar Samsung baharu ini akan mengekalkan rekaan yang sama seperti yang terdapat pada Galaxy S21.
Gambar nyata Samsung Galaxy S22 telah muncul menerusi laman sosial dari China, Weibo, awal hari ini. Sekali imbas ia kelihatan seperti Galaxy S21, namun rekaan panel belakangnya yang mempunyai kemasan berglos. Ia berbeza dengan rekaan S21 yang mempunyai kemasan matte.
Dalam pada masa yang sama, FCC telah menganugerahkan persijilan pada telefon pintar SM-S908U. Ia dikatakan merupakan model Galaxy S22 Ultra (yang juga dilaporkan akan dinamakan semula sebagai Note), bersama-sama “pena stylus” EJ-PS908, yang mungkin S Pen baharu memandangkan nombor tersebut tidak pernah digunakan pada mana-mana produk Samsung sebelum ini.
Samsung Galaxy S22 akan menerusikan rekaan tata susunan menegak bagi kamera-kamera belakangnya pada sebelah penjuru kiri atas. Ia juga dilihat masih mengekalkan lampu cahaya LED pada sebelah kanan kamera-kamera berkenaan.
https://twitter.com/OnLeaks/status/1470530973712498692
Pun begitu, gambar nyata yang tertiris ini masih lagi belum dapat disahkan ketulenannya sama ada ia Samsung Galaxy S22 atau tidak. Boleh jadi ia merupakan peranti ‘dummy’. Jika ia bukannya yang sebenar, rekaannya kelihatan tidak jauh beza dengan apa yang ditiriskan selama ini.