Samsung Galaxy S10+ versi storan 1TB merupakan model pilihan paling tinggi spesifikasi yang ditawarkan kini telah disenaraikan melalui beberapa penjual tempatan. Telefon pintar set rasmi ini hadir dengan jaminan dari Samsung Malaysia.
Selain dari storan yang lebih besar, telefon pintar Samsung keluaran terbaru versi ini juga menawarkan pilihan memori yang paling tinggi iaitu RAM 12GB. Bagaimanapun, spesifikasi lain masih lagi sama seperti versi yang lain iaitu, cipset Exynos 9820, paparan skrin Dynamic AMOLED 6.4-inci, kamera utama dengan tetapan tri-kamera 12MP+12MP+16MP dan juga bateri berkapasiti 4,100mAh.
Samsung Galaxy S10+ kini dijual pada harga RM5,999 melalui wakil-wakil pengedar tempatan yang sah.
Sumber berita diperoleh dari DirectD













