Samsung pernah mengesahkan pada bulan lalu bahawa pihaknya akan menjual telefon pintar Galaxy Note 7 yang telah refurbished. Kini, menurut sebuah laporan dari Korea Selatan peranti berkenaan akan mula dijual di Korea Selatan bermula sekitar penghujung bulan Jun ini.

Dijangkakan, Galaxy Note 7 jenis refurbished ini bakal dijual pada harga yang lebih rendah disamping disertakan bersama-sama pek bateri yang kurang kapasitinya. 3,200mAh berbanding 3,500mAh pada asalnya. Turut dilaporkan, Galaxy Note 7 bakal dijual oleh tiga carrier yang berlainan serta dijenamakan semula sebagai “Galaxy Note 7 R.”

Dari sejumlah tiga hingga empat juta unit Galaxy Note 7 yang dipanggil semula, hanya 300,000 unit sahaja model refurbished yang akan dijual di Korea Selatan nanti. Harap-harap, dalam masa akan datang ia akan menyusul ke Malaysia pula.

Samsung Galaxy Note 7 R akan dijual pada harga 700,000 won (bersamaan lebih kurang RM2,680). Sungguhpun Samsung Galaxy Note 7 mengalami masalah pada baterinya, ia merupakan telefon pintar keluaran Samsung yang terbaik sebelum kemunculan Samsung Galaxy S8.

Sumber berita diperoleh dari etnews

Tinggalkan komentar