Samsung hari ini telah mengumumkan acara Galaxy Unpacked bakal berlangsung pada 5 Ogos ini. Acara ini akan dilangsungkan secara dalam talian sahaja berikutan situasi penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda pada ketika ini.

Berdasarkan dari iklan acah yang dipertontonkan oleh gergasi elektronik dari Korea Selatan ini, terdapat kemungkinan besar Samsung Galaxy Note 20 bakal diperkenalkan secara rasminya.

Ini berikutan warna pena dan titisan dakwat di dalam iklan berkenaan kelihatan amat serupa dengan warna peranti baharu berkenaan. Tambahan pula, waktu acara berkenaan dilangsungkan juga hampir sama dengan tarikh lazim Galaxy Note dilancarkan saban tahun.

Jika benar desas-desus yang tersebar sebelum ini, Galaxy Note 20 mungkin menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 865 Plus dan paparan 120Hz bersama-sama S-Pen yang diperbarukan fungsinya.

Dijangkakan selain dari Galaxy Note 20, peranti-peranti baharu dari Samsung bakal diperkenalkan bersama-sama pada acara yang bakal berlangsung pada 5 Ogos ini.

Tinggalkan komentar